fbpx

Property Description

Dapatkan peluang emas untuk memiliki Apartment Mawar di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Serendah, Selangor ini! Dengan harga mampu milik di bawah RM200K, unit di tingkat 1 ini menawarkan banyak kelebihan yang sukar ditandingi.

apartment mawar

Harga Di Bawah RM200K

Pertama sekali, dengan harga jualan RM190,000 untuk sebuah apartment berkeluasan 750kps, ia adalah peluang yang sukar untuk dilepaskan. Tidak selalu anda mendapati harga serendah ini untuk unit tingkat 1 yang mempunyai kemudahan yang luar biasa.

Bayaran Penyelenggaraan Bulana Yang Rendah

Selain itu, bayaran penyelenggaraan bulanan yang rendah pada kadar RM88 sebulan adalah sangat rendah . Ia memastikan anda dapat menikmati kemewahan dan keselesaan tanpa menambahkan tekanan kepada bajet bulanan anda.

Tingkat Rendah, Tingakt 1

Unit ini terletak di tingkat 1, dan lebih menarik lagi, ia sangat dekat dengan lif, hanya 10 meter sahaja! Anda tidak perlu menghadapi tangga yang meletihkan setiap hari. Kemudahan lif yang berdekatan ini adalah nilai tambah yang jarang dijumapi di apartment jenis “walk-up” macam ni.

Kolam Renang Dewasa & Kanak-Kanak

Salah satu kemudahan terbaik yang boleh anda nikmati di sini adalah kolam renang dewasa dan kanak-kanak. Bersaiz sebesar kolan renang di kondominium mewah, WOW! Ianya adalah tempat yang sempurna untuk bersantai dan berseronok bersama keluarga dan rakan-rakan.

Kemudahan Lif

Apartment ini juga mempunyai kemudahan lif di setiap blok, memudahkan akses dan keselesaan anda. Anda tidak perlu menghadapi masalah untuk mencari lif atau berjalan jauh dari unit anda.

Sudah Diubahsuai

Satu lagi kelebihan ialah apartment ini telah diubahsuai dengan penambahan cornice, dapur, dan kitchen cabinet yang moden serta bergaya. Ia memberikan sentuhan yang segar dan menjadikan rumah ini lebih menarik.

Penghawa Dingin Di Ruang Tamu & Bilik Tidur Utama

Keselesaan anda adalah keutamaan, dan dengan aircond yang dipasang di ruang tamu dan bilik tidur utama, anda boleh menikmati suasana yang sejuk dan selesa pada bila-bila masa.

Pasukan Pengurusan JMB Terbaik

Kawasan ini dikawal dengan baik oleh Team JMB yang amat baik, memastikan keselamatan dan kebersihan adalah keutamaan. Anda boleh berasa tenang tinggal di sini.

Berhampiran Sekolah Rendah & Menengah

Selain itu, anda juga berada hanya 5 minit daripada SK/SMK TAMAN BUNGA RAYA 1 & 2, menjadikan pendidikan anak-anak anda lebih mudah diurus.

Lokasi Strategik

  • Hanya 10 minit dari apartment ini, anda akan tiba di Bandar Bukit Beruntung yang mempunyai banyak kemudahan dan perkhidmatan.
  • Jika anda bekerja di Pulapol Bukit Sentosa, ia hanya 15 minit perjalanan dari apartment ini, menjimatkan masa perjalanan anda.
  • 20 minit sahaja dari apartment ini, anda akan sampai di Perodua SG Choh dan UMW High Value Manufacturing Park. Ini adalah lokasi yang sangat strategik jika anda bekerja di kawasan ini.

Akses Mudah

Akses mudah juga menjadi kelebihan besar, dengan Persiaran Bunga Raya dan Lebuhraya PLUS berdekatan, membolehkan anda bergerak dengan lancar ke destinasi yang berbeza.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki Apartment ini dengan harga yang amat berpatutan, bayaran penyelenggaraan rendah, dan pelbagai kemudahan yang disediakan. Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut dan temujanji untuk melihat unit ini dengan sendiri! Ini adalah peluang yang sukar untuk dilepaskan, dan anda tidak mahu ia berlalu begitu sahaja.

Details

Property Features

Property Views

Forgot Password

Send this to a friend
Verified by MonsterInsights