fbpx

Property Description

Anda pasti teruja dengan peluang keemasan untuk memiliki rumah teres 2 tingkat CORNER di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Selangor ini. Bagaikan sebuah permata, yang dalam diam menanti untuk ditemui oleh pemilik baru, rumah teres 2 tingkat ini pasti memikat hati sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke dalamnya.

rumah teres 2 tingkat

Lokasi Strategik

Rumah teres 2 tingkat CORNER ini terletak di kawasan yang strategik, berdekatan pusat bandar setempat dan lebuhraya. Ini memberikan anda akses mudah ke pelbagai kemudahan yang diperlukan, serta menjimatkan masa perjalan anda menuju ke destinasi yang dirancang. Anda hanya memerlukan masa 5 minit pemanduan untuk ke Bandar Baru Bangi. Selain itu, UKM Bangi, sebuah universiti terkenal negara, hanya 10 minit pemanduan dari rumah ini.

Keluasan Binaan 4,500 Kaki Persegi (KPS)

Rumah teres 2 tingkat CORNER ini menawarkan ruangan yang sangat luas, sesuai untuk keluarga yang ramai ahlinya. Dengan anggaran keluasan lantai sekitar 4,500 kaki persegi, ia adalah pilihan terbaik untuk keluarga besar yang menghargai ruang tambahan. Anda boleh bersantai dengan selesa bila berkumpul dengan sanak saudara di sini.

Bilik Tidur dan Bilik Air Yang Luas dan Praktikal

Selain kawasan binaan yang besar, rumah teres  2 tingkat CORNER ini juga dilengkapi dengan 8 bilik tidur yang luas dan 6 bilik air yang selesa. Tak perlu lagi untuk anda dan ahli keluarag berkongsi kamar tidur atau berebut bilik air di setiap pagi ketika waktu puncak untuk keluar ke sekolah atau bekerja.

Ruangan Dapur Yang Luas dan Lengkap

Rumah teres 2 tigkat Corner ini telah diubahsuai dengan daur kering dan dapur basah yang berasingan. Kedua-duanya dibina dengan keluasan yang amat selesa dan serba lengkap untuk memasak hidangan kegemaran keluarga dan para tetamu anda..

Dilengkapi Penghawa Dingin 

Disamping ruangan yang luas, rumah teres 2 tingkat Corner ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin di ruang tamu, dan setiap bilik tidur. Anda akan dapat menikmati suasana nyaman dan selesa walaupun keadaan di luar rumah adalah sebaliknya. Tidur malam juga akan lebih lena dengan keadaan kamar tidur yang sejuk dan menyegarkan.

Balkoni Mengelilingi Rumah

Rumah teres 2 tingkat CORNER ini juga mempunyai balkoni yang dibina mengelilingi bahagina depan dan tepi rumah. Balkoni ini memberikan ruangan tambahan untuk bersantai, menikmati pemandangan sekitar, dan menikmati waktu berkualiti bersama keluarga.

Kawasan Taman Di Halaman Rumah

Rumah teres 2 tingkat Corner ini mempunyai kawasan taman yang sangat sesuai untuk sentuhan landksap. Anda boleh gunakan kreativiti untuk menambah seri rumah ini dengan pengubahsuaian taman ini.

Tempat Letak Kereta Yang Besar

Di rumah teres 2 tingkat Corner ini, anda tidak perlu berebut untuk parkir kereta. Ruangan parikir yang tersedia boleh memuatkan 3 kereta, di samping ruang tambahan di depan rumah.

Akses Mudah ke Jalan Utama

Akses ke rumah teres 2 tingkat Corner ini sangat mudah melalui beberapa jalan utama seperti Jalan 7/1, Persiaran Bangi, SILK, dan PLUS. Ini memudahkan perjalanan anda serta menjimatkan masa perjalanan ke destinasi lain.

Kesimpulannya, rumah teres 2 tingkat Corner ini amat sesuai untuk keluarga yang besar berhimpun di bawah satu bumbung. Dengan keselesaan, kemewahan dan pertambahan ruangan setelah pengubahsuaian dilakukan, ianya adalah sebutir permata tersembunyi yang menanti pemilik baru yang bertuah.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadikan rumah teres 2 tingkat Corner ini kediaman impian anda sekeluarga. Hubungi kami segera untuk sesi viewing dan maklumat lanjut sebelum terlepas ke tangan orang lain!

Details

Property Features

Property Views

Forgot Password

Send this to a friend
Verified by MonsterInsights