fbpx

Property Description

Memperkenalkan hartanah idmaman anda: sebuah rumah teres 2 tingkat di Bukit Sentosa, Rawang  dengan Pegangan Bebas (Freehold) tanpa sebarang sekatan, mudah untuk penjualan semula di masa depan. Rumah teres 2 tingkat ini juga telah melalui pembaharuan menyeluruh, menawarkan pengalaman hidup yang baru, elegan, dan menjimatkan.

rumah teres 2 tingkat

Sudah Diperbaiki Seperti Baru Semula

Dalamannya telah melalui transformasi menyeluruh, menjadikannya kelihatan seperti rumah baru. Lampu LED Light Box T5 di ruang tamu mencipta suasana yang indah, mencipta mood untuk masa berkualiti bersama keluarga. Keseluruhan dalaman telah dicat semula, menampilkan kesegaran dan kehidupan yang baru.

Bahagian dapur juga telah menerima peningkatan dengan table top baru, menambah gaya dan fungsi. Semua lampu dan kipas siling telah digantikan dengan peranti LED moden yang menjimatkan tenaga. Perubahan ini bukan sahaja mencipta penampilan yang segar dan moden, tetapi juga menjimatkan kos tenaga.

Tanah Luas Untuk Pengubahsuaian Masa Depan

Selain daripada ruang tamu, terdapat tambahan 300 kaki persegi tanah di bahagian belakang, sempurna untuk projek ubahsuai pada masa hadapan. Ruang tambahan ini menawarkan pelbagai kemungkinan untuk menyesuaikan hartanah anda mengikut keperluan dan kehendak anda.

Lokas Strategik Berekatan Pelbagai Kemudahan

Di samping itu, lokasinya sangat strategik, dengan akses yang mudah ke pelbagai kemudahan. Pelbagai rangkaian outlet seperti Lotus, KFC, McDonald’s, Pizza Hut, Public Bank, Petron, etc hanya sekitar 10 minit pemanduan. Anda tidak perlu pergi jauh untuk keperluan harian anda.

Bagi mereka yang mengutamakan kemudahan keagamaan, Surau As Sakinah boleh dikunjungi dengan berjalan kaki sahaja (anggaran jarak dalam 120 meter). Masjid Saidina Ali pula boleh dikunjungi dengan 10 minit pemanduan dari rumah teres 2 tingkat ini.

Akses kepada kemudahan pendidikan juga adalah mudah dan berhampiran, dengan sekolah-sekolah seperti SK Bukit Sentosa, dan SMK Bukit Sentosa 2 hanya 5 minit pemanduan sahaja dari rumah teres 2 tingkat ini.

Selain itu, jika anda bekerja di Bukit Beruntung atau di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa, anda boleh sampai ke destinasi dalam masa 10 minit. Kilang Perodua Sg Choh dan UMW Aerospace juga boleh dikunjungi dalam masa 15 minit dari rumah teres 2 tingkat ini.

Rumah teres 2 tingkat ini menawarkan gabungan kemudahan, gaya hidup moden, dan potensi pengubahsuaian pada masa hadapan, di lokasi yang strategik. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk memiliki hartanah ini. Hubungi kami sekarang untuk menjadualkan lawatan dan mengalami sendiri keajaiban hartanah ini.

Details

Property Features

Property Views

Forgot Password

Send this to a friend
Verified by MonsterInsights